fblogotwitterlogoIGlogo

Latar Belakang

Pusat Pendidikan Lanjutan (CCE) telah ditubuhkan pada 25 Jun 2015 melalui kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin Bil. 3/2015. Penubuhan CCE sebagai satu pusat baharu di UniSZA adalah bertepatan dengan keperluan ke arah negara maju dan melahirkan generasi yang berilmu dan berkebolehan.

Malah ianya sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) bagi memperkasakan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).  Program PSH yang akan ditawarkan oleh CCE ini juga akhirnya akan turut menyumbang kepada penjanaan hasil pendapatan kepada UniSZA.

Tiga (3) bentuk program PSH yang ditawarkan oleh CCE sepertimana berikut:

  1. Program akademik mod eksekutif / separuh masa peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah Sarjana dan program kolaborasi bersama IPTA/IPTS;
  2. Program berbentuk teknikal (hard skill) seperti Kursus Pemaju Tanah, Kursus Pentadbir agama Islam dan Komputer : dan
  3. Program Peningkatan Ilmu dan Kemahiran Pembangunan Diri (soft skill) seperti Pengajian Islam dan Kemahiran Bahasa Al-Quran seta Bahasa Inggeris.

 

    

Search