fblogotwitterlogo

MESYUARAT PEMURNIAN SYARAT KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM) DAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

Mesyuarat Pemurnian Syarat Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) telah diadakan pada 14 Januari 2019 (Isnin), Jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat UCT, Bangunan HEPA Lama UniSZA. Mesyuarat ini diadakan bertujuan mengenalpasti dan menambahbaikan syarat-syarat kelayakan bagi mengikuti program ini untuk ambilan Semester 1 Sesi 2019/2020. Ianya adalah selaras dengan pertambahan permohonan yang diterima daripada pemohon yang tidak boleh mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sebelum ini.

Pihak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) dan Pusat Pendidikan Berterusan (CCE) telah bersetuju untuk mengambil langkah proaktif bagi mengangkat syarat kelayakan kemasukan yang lebih terbuka kepada senat Universiti mengikut saluran yang telah ditetapkan.

 

 

     1       2

 

     3         4

 

back