fblogotwitterlogoIGlogo

PROGRAM BINA INSAN GURU 2017 DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

New Microsoft Word Document 1

7 – 9 September 2017 – Pusat Pendidikan Berterusan UniSZA dengan kerjasama Fakulti Pengajian Kontemporari Islam telah mengadakan Program Bina Insan Guru (BIG) 2017 kepada pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UniSZA. Program BIG merupakan satu aktiviti yang wajib disertai oleh semua pelajar DPLIBIG direalisasikan dalam satu pakej aktiviti luar kelas selama tiga (3) hari dua (2) malam. Aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini  bertujuan membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti serta mempunyai penampilan diri yang terpuji. Perlaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan menjadi contoh kepada masyarakat.  Justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi.

B

IG telah diadakan di Peladang Setiu Agro Resort pada 7 hingga 9 September 2017.  Seramai 76 orang pelajar DPLI yang terlibat dalam BIG kali ini.  Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam program ini adalah abseiling, flying fox, keyakinan di air, kembara malam, dan ikhtiar hidup.  Setiap pelajar diwajibkan untuk melakukan aktiviti tersebut tanpa sebarang pengecualian. Selama dua (2) malam di BIG juga, pelajar telah menginap dalam khemah di tapak perkhemahan yang disediakan oleh pihak Peladang Setiu Agro Resort dan ianya sangat menguji ketahanan fizikal pelajar.

 Program BIG diakhiri dengan majlis perasmian penutup oleh Profesor Dr. Ramle bin Abdullah sebagai mewakili Naib Canselor UniSZA.  Program BIG berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 4.00petang. 

1cc 1

 

Search