fblogotwitterlogoIGlogo

PROGRAM PROKIDS JELAJAH SEKOLAH 2017

19 Ogos 2017 – Pusat Pendidikan Berterusan telah mengadakan Program Prokids Jelajah Sekolah 2017. Penceramah jemputan adalah seorang public figure yang terkenal dan namanya sedang merancak naik di kaca TV dan corong-corong radio iaitu Ustaz Ebit Irawan bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Ebit Lew.

Program berlangsung di Dewan Auditorium Akademik, UniSZA Kampus Gong Badak. Seramai 221 orang peserta telah mengikuti program ini. Peserta terdiri di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah yang berumur 9 tahun sehingga umur 16 tahun.

 

             PROKIDS 2    PROKIDS7

Para pelajar diberi pendedahan dari segi teknik belajar dan juga berceritakan pengalaman hidup sebagai motivasi kepada diri pelajar. Program berlangsung selama satu hari bermula jam 9.00pagi sehingga 4.00petang. Ibu bapa juga dijemput hadir ke program tersebut pada jam 3.00petang untuk turut sama memberi sokongan kepada para pelajar.

Program diakhiri dengan pembahagian cenderamata kepada Ustaz Ebit Lew sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana sudi menerima jemputan ke program kami. Program berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 4.00petang. 

PROKIDS58 STAFF CCE