fblogotwitterlogoIGlogo

Program empower Boost Camp@UniSZA UPSR 2017

Kuala Nerus (19 Ogos 2017) – Pusat Pendidikan Berterusan, UniSZA Consultancy Sdn Bhd dan Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) telah menganjurkan Program empower Boost Camp@UniSZA UPSR 2017. Ini merupakan tahun kedua UniSZA diberi kepercayaan untuk melaksanakan program empower ECER Latihan Akademik bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mengekalkan daerah yang sama iaitu Dungun, Kemaman, Marang & Hulu Terengganu. Program empower telah bermula pada bulan Januari. Sebagai permulaan, kita telah melaksanakan program Move The Heart iaitu program bersama ibubapa dan pelajar. Perjumpaan bersama ibubapa adalah sangat penting bagi memberi penerangan kepada mereka berkenaan program ini selain daripada memohon sokongan penuh dalam memastikan program ini berjaya.

Program ini diteruskan pula dengan penglibatan daripada fakulti UniSZA dalam Program Oh My Learning.  Dan diteruskan dengan kelas-kelas tambahan yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dan berpengalaman. Selain daripada program akademik, UniSZA juga telah mengadakan program sahsiah diri selama 2 hari 1 malam di semua daerah terlibat. Program-program yang dirangka ini adalah sangat bagus dan bermanfaat untuk mendorong pelajar memajukan diri, melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu disamping memberi pendedahan dari segi pergaulan yang akan membentuk rohani mereka. UniSZA akan sentiasa membuat penambahbaikan bagi membantu melonjakkan prestasi akademik pelajar.

Untuk peperiksaan UPSR 2016, seorang pelajar kita mendapat 6A dan 6 orang pelajar mendapat 5A.  Bagi peperiksaan PT3 pula seramai 4 pelajar berjaya mendapat 10A manakala seorang pelajar SPM mendapat 9A. UniSZA juga telah menerima kemasukan 2 orang pelajar empower yang mengambil jurusan Diploma Pembuatan dan juga Diploma Sains Kejururawatan.

Bagi melonjakkan prestasi pelajar dalam peperiksaan berbanding pencapaian tahun lepas, UniSZA telah memperkemaskan dan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Untuk program hari ini, kita meneruskan pengisian slot daripada ahli akademik dan topik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan “Kekuatan Impian”, “Teknologi Minda dan Kecemerlangan” dan juga “Motivasi Kecemerlangan bersama Professor”. Adalah diharapkan topik-topik ini bukan sahaja dapat menyuntik semangat kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara gading, malah membantu pembentukan rohani dan sahsiah anda.

Akhir sekali, Pusat Pendidikan Berterusan (CCE) ingin merakamkan penghargaan kepada ECER, JPNT, semua PPD terlibat, pengetua-pengetua dan guru-guru yang memberikan kerjamasa dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada program ini supaya matlamat program ini tercapai dengan jayanya.

Empower 1                 Empower

Empower 2

Search