SENARAI PROGRAM
- PROGRAM SMART DOKTOR MUDA UNISZA (ASAS PERTOLONGAN CEMAS)
Pengenalan
Program SMART Doktor Muda UniSZA adalah salah satu inisiatif dan KPI daripada Dato’ Naib Canselor kepada CCE untuk melaksanakannya. Matlamat utama Program Smart Doktor Muda UniSZA dilaksanakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah menyelami bidang kedoktoran diusia yang muda. Untuk menarik minat para pelajar semasa program berlangsung, pelbagai aktiviti yang menarik dan interaktif akan dilaksanakan. Antaranya adalah ceramah yang akan disampaikan oleh doktor profesional, lawatan ke makmal perubatan dan latihan amali.
Objektif Program
- Memberi pendedahan awal kepada pelajar dalam bidang kedoktoran supaya dapat memupuk minat di kalangan pelajar.
- Melahirkan doktor muda yang berkemahiran serta berani dalam apa jua tugasan yang diberikan
- Mengetahui peranan serta tanggungjawab doktor muda.
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan ilmu pertolongan cemas.
- Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya ilmu dan kemahiran kedoktoran kepada diri, keluarga dan negara.
Sasaran Peserta
Pelajar sekolah rendah serta sekolah menengah
Pelajar sedang melakukan aktiviti amali untuk asas pertolongan cemas di pantau oleh pelajar Fakulti Perubatan
Lawatan ke Makmal Anatomi
- OH MY SMART LEARNING (OML)
Pengenalan
Oh My Learning merupakan satu program pembelajaran yang menyeronokkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Program ini terbahagi kepada empat matapelajaran iaitu Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk minat para pelajar terhadap matapelajaran tersebut. Pelbagai aktiviti yang menarik dilakukan sepanjang program dijalankan. Antaranya adalah membina roket parachut, pertunjukan gunung berapi dan eksplorasi.
Ojektif
- Untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara teori dan amali.
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang aktiviti di luar kelas.
Sasaran Peserta
Pelajar sekolah rendah serta menengah
Pelancaran roket paracut menggunakan pelancar roket
Pelajar sedang membuat gunung berapi
- KEM SMART EKSPLORASI SAINS (i-SIHAT)
Pengenalan
Program Explorasi i-Sihat diadakan untuk memberi peluang kepada murid-murid sekolah tahun 4, 5 dan 6 serta orang awam untuk menglibatkan diri dalam dunia sains dan kesihatan. Penganjuran Program Explorasi i-Sihat ini diharap dapat memberi pengalaman dan pendedahan awal kepada para peserta mengenai sains dan kesihatan. Selain itu, para peserta juga dapat menambah pengetahuan dengan lebih mendalam dalam bidang sains dan kesihatan melalui slot-slot yang disediakan sepanjang program berlangsung.