fblogotwitterlogo

Projek Khas CCE UniSZA

Program empower ECER Latihan Akademik

Merupakan inisiatif serampang dua mata di bawah program pembangunan modal insan yang dilancarkan oleh ECERDC pada tahun 2010. Program Latihan Akademik menyasarkan para pelajar berprestasi lemah dan sederhana dari keluarga berpendapatan rendah yang akan menduduki peperiksaan awam utama di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

ecer aka1

Program empower ECER Latihan Akademik UniSZA adalah salah satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Modal Insan ECERDC yang menyasarkan peningkatan pencapaian akademik UPSR, PT3 dan SPM peserta dari daerah Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Marang. Seramai 1200 orang pelajar dari 28 buah sekolah dari setiap daerah terlibat dalam program ini.

Program ini bertujuan Meningkatkan motivasi dan semangat ibu bapa dan guru dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah diri pelajar melalui program empower ECER. Mempromosikan Program empower ECER Latihan Akademik 2017 di negeri Terengganu. Mewujudkan kerjasama positif (sinergi) antara ibu bapa dan guru-guru yang terlibat.

ecer aka3

Senarai sekolah-sekolah empower ECER bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:
Daerah Kemaman
• SK Seberang Tayor
• SK Padang Kubu
• SK Kampung Tengah
• SK Payoh
• SMK Kampung Baru Kerteh
• SMK Banggol
• SMK Ayer Puteh
• SMK Seri Bandi

Daerah Dungun
• SK Padang Pulut
• SK Delong
• SK Seberang
• SK Paka
• SMK Paka
• SMK Sura
• SMK Balai Besar
• SMK Bukit Besi
• SMK Padang Pulut
• SMK Jerangau

Daerah Hulu Terengganu
• SK Padang Setengge
• SK Getang
• SK Tengkawang
• SK Sungai Buloh
• SK Ajil
• SK Bukit Diman
• SMK Tapu
• SMK Tun Indera
• SMK Bukit Diman
• SMK Kuala Jenderis

Daerah Marang
• SK Bukit Sawa
• SJKC Chong Hwa
• SK Tasek
• SK Seberang Marang
• SMK Seri Payong
• SMK Rusila
• SMK Wakaf Tapai
• SMK Merchang
• SMK Seri Serating

Program empower ECER Latihan Akademik PROGRAM KHAS ORANG ASLI

Program empower ECER Latihan Akademik adalah salah satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Modal Insan ECERDC yang mensasarkan peningkatan pencapaian akademik serta kehadiran ke sekolah dan peperiksaan untuk 59 pelajar Orang Asli dari 2 buah sekolah iaitu SK Sg Berua dan SK Sg Pergam dari 2 buah parlimen iaitu Hulu Terengganu dan Kemaman.

org asli1