fblogotwitterlogoIGlogo

Kata Aluan Pengarah

20161022 124454
 
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum, warahmattullahi wabarakatuh,salam sejahtera dan salam 1Malaysia
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat datang dan terima kasih di atas kesudian anda melayari laman sesawang Pusat Pendidikan Berterusan (CCE), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Pusat Pendidikan Berterusan (CCE) ini telah ditubuhkan dengan tujuan dan komitmen untuk menyebarkan ilmu kepada orang ramai dan seterusnya meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan orang ramai bertepatan dengan motto UniSZA, ILMU DEMI FAEDAH INSAN.
 

Pendidikan ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan kepercayaan. Proses pendidikan berlaku sepanjang hayat seorang manusia dan berlaku di mana-mana tempat serta pada bila-bila masa. Pendidikan akan membawa kepada perubahan pada kehidupan seseorang kerana kehidupan adalah pendidikan. Bak kata pepatah Inggeris yang ada mengatakan Never stop learning, because life never stop teaching yang bermaksud jangan pernah berhenti belajar kerana kehidupan tidak pernah berhenti mengajar.

Oleh itu, Pusat Pendidikan Berterusan (CCE) akan sentiasa berusaha memenuhi cita-cita sesiapa sahaja yang ingin menambah ilmu pengetahuan di samping membuka ruang bagi mengembangkan kerjaya pada masa hadapan. Penawaran pelbagai program fakulti kepada golongan yang bekerja dan penglibatan masyarakat luar kampus dengan program-program bagi meningkatkan skil dan tahap kelayakan akademik diharapkan dapat memberi peluang kepada sesiapa yang berminat.

Pihak kami (Pusat Pendidikan Berterusan) adalah sangat komited sepenuhnya untuk memastikan program yang diselaraskan adalah setanding dari segi kualiti. Justeru, saya amat mengalu-alukan penglibatan fakulti-fakulti di UniSZA serta masyarakat luar kampus bekerjasama dengan pihak kami (Pusat Pendidikan Berterusan) dalam menjayakan program-program yang berteraskan pendidikan sepanjang hayat.

Sekian, terima kasih
 
'Ilmu dan Akhlak'
 
 
Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin
Pengarah
Pusat Pendidikan Berterusan (CCE)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
MALAYSIA